- Maal Hijrah 1434 -
Thursday, November 15, 2012 | 1:51 am | 0 comments

~ SALAM MAAL HIJRAH 1434 ~
Maha suci Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani, maha mengetahui segala yang terbaik buat hambaNYA. Dari-NYA kita didatangkan, kepada-NYA jua kita dipulangkan. Sesungguhnya seorang insan itu adalah sebaik baik ciptaan Allah. Dikurniakan akal dan fikiran yang indah sebagai menyempurnakan ciptaan-NYA untuk kita, hamba-NYA yang begitu kerdil dan naïf...
Maha suci Allah yang lebih mengetahui apakah kedukaaan dan kekecewaan itu adalah kifarah atas kekhilafan kita dimasa lalu mahupun didatangkan ujian yang bermacam itu demi untuk meningkatkan cinta kita pada-NYA.. Subhanallah. Begitu tertib dan cantik takdir yang diberikan Allah buat setiap hamba-NYA.. Dianugerahkan rasa cinta, kasih sayang, dan rindu untuk mengharmonikan ummah adam dan hawa. Lantaran suburnya rasa yang tiga ini dalam diri seorang insan maka naluri yang tertanam subur dalam kalbu itu kian bercambah, lantas menyatukan dua hati. Maka lahirlah pohonan rendang subur yang dinamakan keluarga yang mana akhirnya menjadi teduhan generasi takwa, cahaya mata yang lahir hasil kasih sayang yang subur dibajai iman pada yang ESA..
Daku berbangga kerana lahir menjadi anakanda tercinta ayahnda dan bonda. Sejak Lahirnya daku kedunia maka tidak pernah sedetik pun aku jauh dari curahan kasih sayang dan belaian istimewa daripada kedua-duanya.. Maha suci Allah yang telah menganugerahkan daku ayah dan bonda yang begitu sabar mendidik daku dan saudaraku serta mengasuh daku dengan bekalan ilmu duniawi jua ilmu untuk ku bawa apabila bertemu-NYA kelak. Jutaan syukur ku titipkan padamu ya Allah diatas kurniaan rasa bahagia dan tenang daku, berlindung didalam rumahku yang sangat bererti buatku itu..
Beralihnya usia, maka semakin jauh kakiku melangkah. Maka sejauh itulah jua daku temui pelbagai ragam insan yang seringkali menduga kekuatanku pada-MU ya Allah. Daku yang lemah dan seringkali diriku ini rapuh dek hati yang tidak gentar menahan ujian yang begitu indah kau aturkan. Ya Allah, aku syukuri nikmatmu menganugerahkan daku akal yang telah membawaku kesini, ke menara gading impian ayah dan bonda. Berkat doa kedua duanya yang sering meniupkan semangat dan menitipkan ketabahan maka daku bersyukur kerana menggembirakan kedua duanya.. Maha suci Allah, hanya diri-MU yang mengetahui sebaik baik dan seburuk buruk kejadian itu..




