+Follow | Dashboard


:: Menggapai Cinta Ilahi :: ♥ Betapa tinggi darjat auratmu diangkat mulia disisiNya Allahu Rabbi... Hinggakan hanya insan yang terIstimewa & terPilih sahaja,yang meraih izin Allah untuk Menatapnya ♥
My Sketch ;]
Friday, December 13, 2013 | 9:20 pm | 0 comments
بسم الله الرحمن الرحيم


 Alhamdulillah Syukur kepada hadrat Ilahi kerana masih memberi kesempatan buat kita semua untuk terus bernafas dan hidup dimuka bumi-Nya ini.. Pejam celik pejam celik sudah masuk 11 Safar 1435 bersamaan dengan 14 Disember 2013 ... Subhanallah cepat sungguh masa berjalan.. Bersesuaian dengan firman Allah s.w.t dalam surah Al-Asr ayat 1-3 : " Demi masa.. Sesungguhnya manusia itu benar benar dalam kerugian.. Kecuali  orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran " 

 


  Semenjak kebelakangan ini, diri ini suka sangat dengan lakaran atau lebih senang suka pada sketching ^_^  Walaupun diri ini sendiri tahu memang tiada bakat dalam sketching, tapi keinginan untuk melakar itu sangat kuat.. Walaupun sudah tahu apa result sketching tu nanti, pasti tidak cantik , hahaha.. Tapi tetap teruskan melakar.. Sudah masuk kali ke-5 tangan ni dok asyik sketching saja.. First sketch memang tak mahu cakaplah, tak secantik yang digambarkan difikiran, hahaha.. Apa apa pun, saya akan terus berlatih, berlatih dan berlatih lagi.. Semoga dengan melukisku ini dapat mendekatkan diri ku padaMu Ya Allah.. Setiap apa yang dilakukan semuanya berdasarkan niat.. Semoga Engkau redha setiap apa yang hamba-MU ini lakukan.. InsyaAllah , Aamiin ! 

   Last but not least , ini adalah sketch yang ke-5.. still banyak lagi perlu dipertingkatkan ^_^ Okay, sampai disini sahaja .. Semoga panjang umur , kita berjumpa lagi .. * lambai tangan * 



" ALLAH itu amat hampir.. 
Tapi kenapa aku masih meminggir ?
Akalku alpa berfikir, hatiku lupa berzikir..
Ampuni aku , Ya Rabbi ! "

#sketch


Older Post | Newer Post

♥ Navigate Here ♥

About Credits Stuff Entries

♥ Music ♥



♥ Sharing is Caring ♥




Sweet Memory